I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 23, 2011

PIECES OF MIND ....

ASSALAMUALAIKUM...
hm....ni juz na berkongsi jer sambil sambil aku sendiri pun cuba untuk ikut cara ni..
ubati hati untuk kembali tenang..
tp macam mane ??? hm... kadang kadang cakap ni memang senang taw ! tapi, kita yang nak buad ni
hanya ALLAH je yang tahu.. batapa sukarnya nak hadapi kenyataan yang pahit untuk kita
telan...



HOW???
BAGAIMANA???
MACAMMANA???


 Terima Kenyataan - orang kata apa tu? cakap senang la.. cube hadapi sendiri.. ye! setuju sangat.. memang susah.. it take time nak terima kenyataan nih.. tapi langkah awal untuk nk hadapi kekecewaan yang paling mujarab mula mula kena la hadapi kenyataan tu sendiri.. WAKE UP!! kite nih hanya merancang jer.. "dia" yang menentukan.. maybe ade sebab kenapa kita tak di jodohkan dgn si dia.. hadapi lah ia dengan tenang.. setiap kejadian ade hikmahnye..
Berfikir - Kita di kurniakan akal fikiran.. untuk apa?? opcoz la untuk berfikir.. fikir tentang baik buruk sesuatu hal tu.. bila dah rasa kecewa nih cuba senaraikan baik dan buruk, pro dan kontra, hitam dan putih sesuatu kejadian yang tgh alami tu.. bukan apa.. at least lepas fikir habis habis pasal apa tindakan yang nk buat tu.. takde la nanti kecewa sangat kan?? let bygone be bygone.. lama lama lupe la tu.. nak buat sesuatu tak boleh ikut perasaan.. fikirkan orang orang sekeliling kita.. yang penting skali family..
.Meluahkan - ada masalah? carik la teman atau orang yang kamu percayai untuk nak meluahkan rasa kekecewaan tu... tak elok pun simpan sorang sorang nanti makan diri sendiri.. kalo susah cakap nk bercakap.. buat BLOG! jadik blogger tegar.. hehee.. cerita ngan kawan tak leh selesaikan masalah? tak semestinya.. bile bercerita@meluahkan rasa kecewa tu.. at least dapat la kurangkan sikit perasaan kecewa tu..
      TUMPU pada hidup sendiri.. FOKUS pada target! tak usah nk meratapi sangat kekecewaan tu.. CAPAI MATLAMAT yang korang dah tetapkan.. yang penting skali jangan sebab benda remeh temeh nih buat korang hilang TUMPUAN, FOKUS, MATLAMAT..
Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri ‘berhenti’ mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.



LOVE...

WE THINK ABOUT IT,
LOST OF SLEEP WORRYING ABOUT IT..
IF WE DONT HAVE IT, WE SEARCH FOR IT...
WHEN WE DISCOVER IT, WE DONT KNOW WHAT TO DO WITH IT,
WE FEAR LOSING IT..
IT IS OUR SOURCE OF PLEASURE AND PAIN.
IT IS A SHORT WORD EASY TO SPELL BUT HARD TO DEFINE..
YES ! IT IS LOVE.....................






2 comments: